Sunday, July 1, 2012

MUHAMMADA, Keputusan akhir survey e-zine/e-newsletter!

Salam sejahtera MUHAMMADA,

Beberapa hari lepas saya ada mengirimkan satu email yang meminta
bantuan MUHAMMADA untuk mengisikan maklumat survey berkaitan
konsep "e-zine/e-newsletter" yang ingin saya kirimkan setiap minggu
bermula bulan ini (Julai).

Sebanyak 241 orang telah mengisikan survey tersebut dan saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat
dalam memberikan maklum balas terhadap soalan - soalan survey
yang telah dikemukakan.

Baiklah, pada hari ini kita hanya akan melakukan sesi "warming-up"
terlebih dahulu. Kita akan lihat apakah perkara - perkara yang
akan saya sampaikan menerusi e-zine / e-newsletter yang akan saya
kirimkan dari semasa ke semasa.

Mungkin ada yang tak tahu apa yang saya maksudkan dengan "e-zine"
@ "e-newsletter"...

Secara ringkasnya, e-zine / e-newsletter ini adalah ringkasan
kepada "e (elektronik)" - "zine (majalah) / newsletter (berita)".

Ringkasnya, saya akan mengirimkan maklumat - maklumat berkaitan
dengan industri perniagaan dan pemasaran internet (yang mengandungi
tips, peluang perniagaan dan pengiklanan), tips pembangunan diri
(self help & improvement) dan juga pengurusan kewangan dari semasa
ke semasa menerusi email kepada MUHAMMADA.

Saya percaya bahawa 241 sahabat yang telah mengisikan maklumat
survey tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang, kemahiran
dan kepakaran dalam bidang - bidang tertentu.

Malah, saya juga percaya bahawa sebilangan daripada mereka juga
telahpun mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan dan
pemasaran menerusi internet.

Jadi saya akan pastikan bahawa setiap isi kandungan e-zine yang
akan saya kirimkan kelak, akan disesuaikan mengikut situasi,
pengalaman dan kemahiran setiap pembaca e-zine saya termasuk
MUHAMMADA.

Kita akan lakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan penglibatan
MUHAMMADA. Saya akan buatkan e-zine yang bakal MUHAMMADA
terima kelak, menarik bukan sahaja untuk dibaca akan tetapi
penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan (dan MENGUNTUNGKAN)
yang boleh MUHAMMADA sertai. :)

Untuk itu, setakat ini sahaja dahulu "sesi perkenalan e-zine" saya
pada hari ini.

Dalam sedikit masa sahaja lagi, saya akan kirimkan laporan percuma
untuk rujukan MUHAMMADA. Nantikan notifikasi daripada saya
kelak.

Sementara itu, jika MUHAMMADA ada menggunakan Facebook,
boleh add saya di: http://www.facebook.com/amirolzolkifli

Jumpa lagi pada email yang seterusnya!

Ikhlas,
Amirol Zolkifli
































































Profit Internet Solutions (NS0035799-X),
A-5-10 Empire Tower, SS16/1, Subang Jaya, 47500, Selangor, Malaysia


To unsubscribe visit:
http://app.getresponse.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=UpZr&s=VHNvw&y=X&
To change your contact details visit:
http://app.getresponse.com/change_details.html?x=a62b&s=VHNvw&y=w&

No comments: